1 DARIPADA 4 SYARIKAT GULUNG TIKAR

30 April 2020 Edly Ramly

1 daripada 4 syarikat yang dilanda bencana gulung tikar.

Menurut laporan dari Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA, US), 40 peratus perniagaan tidak dibuka semula setelah berlaku bencana. Selain itu, 25 peratus lagi gagal dalam satu tahun.


☹️
Syarikat yang berdaya tahan biasanya telah bersedia menghadapi semua jenis insiden – kecil atau besar dengan menyediakan “pelan kelangsungan perniagaan (BCP)” samada secara formal ataupun tidak.

>
Anda pemilik perniagaan kecil sederhana, peniaga mikro? sudahkah anda membangunkan pelan tindakan anda? Jika tidak, anda masih tidak terlewat untuk menyediakan BCP untuk terus bedaya tahan menghadapi ganguan kawalan dan sekatan pergerakan yang sedang berlangsung sekarang dan kemungkinan KEGAWATAN ekonomi selepas PASCA Covid19.

Anda PERLU BERTINDAK SEGERA

Bertindaklah dengan 3 langkah mudah yang di garis mengikut standard ISO22301:2019 iaitu anda perlu:
(1) RESPON – Samada anda terkesan secara langsung atau tidak… anda perlu tahu dimanakah anda sekarang?
(2) RE-STRATEGI TRANSFORMASI – Apakah perubahan yang kita perlukan?
(3) BAIKPULIH/ TRANFORMASI – Jadikan syarikat anda sentiasa berdaya tahan!

Semua kajian kes dibawah adalah rekaan semata-mata
KAJIAN KES 1
En A – Beliau mempunyai 3 café, 2 unit produksi, 2 program Latihan. 3 café tersebut terkesan sedikit dari hasil julan kerana pelanggan tidak dapat “dine in” manakala 2 unit produksi dan Latihan tidak dapat dijalankan langsung semasa PKP dan kemungkinan pasca Covid penurunan permintaan kerana kemelesetan ekonomi.
Beliau tidak perlu membuang pekerja walaupun operasi ditutup. Pekerja-pekerja beliau di “Re-deploy” ke satu unit yang akan sentiasa berfungsi semasa bencana iaitu sebuah Pertubuhan Kebajikan. Kutipan sumbangan dapat diteruskan semasa bencana.

KAJIAN KES 2
Pn B – Beliau mempunyai 3 food truck. Food truck tidak dapat beroperasi. Dengan segera beliau mendapatkan dan meyewa tapak disebuah restoran yang sudah berdaftar dengan food panda. Beliau bertekad, memerlukan tranformasi selepas pasca covid untuk lebih bersedia.

KAJIAN KES 3
En C – Beliau mempunyai 3 rangkaian kedai telefon pintar. Beliau juga mempunyai kedai menjual langsir dan baju terpakai. Beliau mempunya lebih dari 30 perkeja. Walaupun ada subsidi upah sebanyak RM1200, beliau risaukan pasaran telefon pintar dan langsir akan merosot. Beliau tidak ambil subsidi upah yang disediakan oleh kerajaan dan terus menamatkan kontrak pekerja2 beliau. Apakah akan terjadi kepada En C.

YANG mana satu pilihan anda – Terdapat pelbagai PELUANG TRANSFORMASI yang sesuai dengan anda. *Anda yang perlu membuat pilihan.
>
>
Daripada 3 langkah trasformasi tersebut ada 3 tindakan yang perlu anda lakukan yang saya akan kongsikan berdasarkan kajian dan pengalaman mengendalikan perniagaan lebih dari 20 tahun dalam Live – WEBINAR
8 Mei 2020 dari jam 11pagi- 12 tengahari untuk sessi Bahasa Inggeris dan
11 Mei 2020 dari jam 11 pagi-12 tengahari untuk sessi Bahasa Melayu.
Ada sessi soal jawab Bersama Dr. Edly, oleh itu slot terhad. Daftar sekarang di http://www.efrcertification.com utk tempat anda.

Semoga anda semua dalam sihat sejahtera. Jumpa di Webinar

Advertisement

Syarikat terperangkap tanpa persediaan “pelan kelangsungan peniagaan”

1 Apr 2020 Oleh Dr Edly Ramly

Rata-rata syarikat tidak bersedia untuk menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat dari pandemik Covid-19 dengan tidak menyediakan pelan kelangsungan perniagaan (business continuity plan-BCP), mengikut pemerhatian yang dijalankan melalui audit sistem pengurusan kualiti yang dijalankan pada 2019 kepada lebih 70 syarikat.

Hampir semua syarikat SME tidak mewujudkan BCP secara formal. Walaubagaimanapun, ada beberapa syarikat multinasional mempunyai pelan kelangsungan perniagaan (BCP), tetapi pelan tersebut tidak mengenalpasti ganguan dari pandemik yang menyebabkan PKP dikeluarkan kepada hampir semua syarikat dalam rantaian bekalan kecuali kepada perkhidmatan perlu (essential services).

Kesan paling besar yang dihadapi oleh syarikat pada masa ini ialah kehilangan punca pendapatan dan berkemungkinan besar menghadapi pengurangan permintaan pada fasa pasca pandemik Covid-19 pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, tinjauan terkini kepada beberapa buah syarikat, BCP sedang dirangka untuk memulihkan dan meneruskan perniagaan, apabila PKP ditamatkan untuk menempuh fasa seterusnya. Malah syarikat masih tidak terlewat untuk menyediakan BCP untuk ganguan kawalan dan sekatan pergerakan yang sedang berlangsung sekarang.

Untuk syarikat telah membangunkan BCP sebelum ini mengikut standard ISO22301, tugasan penyediaan dan menambahbaik BCP berkaitan pandemic Covid-19 ini akan menjadi lebih mudah dan bersistematik.

Menurut standard sistem pengurusan kelangsungan perniagaan (business continuity management system – BCMS) ISO22301 versi 2019, BCP adalah dokumen yang akan membimbing organisasi untuk bertindak apabila berlaku ganguan termasuk tindakan menyambung semula, memulihkan dan mengembalikan penyampaian produk atau perkhidmatan selaras dengan matlamat kelangsungan perniagaan. Di dalam standard tersebut, BCP dibangunkan melalui rangka kerja sistem pengurusan kelangsungan perniagaan termasuk mengenalpasti aktiviti utama (prioritised activity – PA), mengenalpasti jenis-jenis ganguan (disruption), dan juga strategi-strategi untuk bertindak balas.

Pada masa hadapan, syarikat digalakkan untuk menambahbaik BCP sediaada, dengan menjalan pengujian terhadap BCP tersebut, serta menjalankan pelbagai persediaan awal untuk mengurangkan risiko dan kesan terhadap apa-apa ganguan kepada kelangsungan penyampaian syarikat. Syarikat juga digalakkan untuk mendapatkan persijilan ISO22301 untuk memastikan sistem pengurusan kelangsungan perniagaan tersebut dibangunkan dengan berkesan.